Assalamualaikum semua!
Sihat ke? Komen sikit sihat ke tidak!
SR pun ketika menaip ni, alhamdulillah sihat.
Cuma lama SR tak kerap update blog, lebih-lebih lagi masa minggu raya terkejut yang lepas. Blogwalking apatah lagi. Haha! SR betul-betul menikmati minggu raya tu. Isnin minggu ni, pukul 3 pagi, baru kami sekeluarga sampai semula ke rumah setelah 9 hari balik ke Kelantan dan Pahang.
Lepas balik tu, masih lemau-lemau ayam lagi. Rabu baru betul-betul segar masuk kerja, hari ni baru rasa rindu menebal kembali pada blog ni. Haha!
Scroll entry yang ada di draft, jadi hari ini SR pilih untuk kongsikan gambar-gambar ketika SR sekeluarga bersama Ma Mertua dan adik zaimi ke Pantai Irama yang terletak di Bachok, Kelantan!
Let's check it out!