Friday, June 24, 2022
Menang Surprise Box Mini Giveaway SS 2022
Allahuakbar, lambat betul SR nak up kisah ni.
Jom SR cerita, jom!
Kisahnya, pada pertengahan Februari 2022 yang lepas, SR ada turut serta 1 giveaway. MINI GIVEAWAY SS 2022 namanya GA tu. SR saja join, cuba nasib.
Rupanya, ada rezeki SR! Pada awal April 2022, tuan blognya, Syeeda Saniey, umumkan pemenang-pemenang GA tu, terselit sekali nama SR. Alhamdulillah, seronok SR!
Beberapa minggu yang lepas, surprise box SR pun sampai.
Thursday, June 23, 2022
Sampling Projek Tahun Akhir Semester Mac 2022 | Throwback Thursday
Assalamualaikum...
Minggu pertama ramadhan 2022 yang lalu, SR dan zaimi ada bawa pelajar projek tahun akhir kami masuk ke dalam hutan yang ada dalam UiTM Kampus Kuala Pilah ni. Masuk untuk ambil sampel yang mereka nak kaji untuk thesis mereka.
Kenapa masuk hutan bulan puasa?
Kisahnya pelajar ni semua, dari bulan Mac dah ada di kampus. Tapi nak dijadikan cerita, seorang demi seorang pula mereka ni terkena jangkitan Covid-19 masa tu. Jadi, masa ni, memang dah tangguh tiga, empat kami untuk sampling. Itu yang gagahkan juga untuk masuk dan ambil sampel.
Wednesday, June 22, 2022
Dinosaur Encounter Dalam Zoo Melaka | Throwback
Assalamualaikum!
Dinosaur telah pupus kira-kira 65 juta tahun dahulu pada akhir Zaman Cretaceous, selepas hidup di Bumi selama kira-kira 165 juta tahun. Ala... Rasanya fakta ini, semua orang tahu kan. Tak perlulah SR nak cerita panjang lebar.
SR nak throwback kenangan SR dan keluarga ke Zoo Melaka January 2022 yang lepas. SR ada up cerita yang SR ke Zoo Melaka tu sebelum ni <Klik Sini> tapi SR sengaja tak masukkan kisah kami ke seksyen Dinosaur Encounter yang terdapat dalam Zoo Melaka.
Jom throwback sama-sama dengan SR walaupun belum hari Khamis! Selalu SR buat Throwback Thursday, tapi SR ada banyak sangat entry draft yang ala-ala throwback, SR cuba untuk publish semua secepat mungkinlah! Haha!
😁
Tuesday, June 21, 2022
Pensel Warna Kontot
Antara isu yang selalu parents dalam group whatsapp kelas amir borakkan adalah "Bolehlah tolong check dalam beg anak, kot-kot terambil pensel warna anak saya."
Aduh SR kan, hari-hari pesan dekat amir.
"Jangan guna kawan punya," dan "Jangan bagi kawan pinjam."
Bunyi agak kejam kan? Tapi SR malas nak hadap kes barang tertukar-tukar sampai hilang.
Tapi bila dah selalu sangat naik isunya, SR pun bukalah kotak pensel warna amir.
Family Time
Assalamualaikum semua!
SR hilang dari radar beberapa hari sebab menghabiskan masa dengan zaimi dan anak-anak!
Saturday, June 18, 2022
Thursday, June 16, 2022
Suasana Kampus UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah
Tahniah buat semua calon SPM 2021 yang mendapat keputusan peperiksaan mereka hari ini. Percayalah, setiap yang tertulis itu adalah takdir yang Esa.
Kepada yang berminat nak sambung pengajian di UiTM NEGERI SEMBILAN, Kampus Kuala Pilah, meh SR bagi sneak peek bagaimana rupa kampus.
Ke Zoo Melaka Bersama Keluarga | Throwback Thursday
Assalamualaikum...
Nak throwback apa ya hari ni? SR bawa kawan-kawan throwback masa SR pergi Zoo Melaka bulan Januari 2022 hari tu la, nak?
Kalau ada yang ingat entry SR pergi naik Melaka River Cruise dan Menginap di Metrasquare Ayer Keroh, Melaka, haa.. sebenarnya masa tu SR ada juga pergi ke Zoo Melaka sekali.
Saja bawa adam, amir dan ayu jalan-jalan tengok haiwan-haiwan kan. Sejak PKP, memang lama tak ke Zoo Melaka ni.
Macam biasalah, masuk aje pintu zoo, ada staf arahkan kami beratur untuk ambil gambar. Katanya untuk record. Haa tak apa... Sebab mood masih baik, marilah beratur.
Wednesday, June 15, 2022
Tuesday, June 14, 2022
Temujanji Ayu di Pakar Mata Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
Assalamualaikum...
Hari ni sebenarnya adalah temunjanji ayu yang kedua di Klinik Pakar Mata di HTAN Kuala Pilah ni. Asalnya masa check up umur dia 4 tahun hari tu, dia tak lepas ujian mata.
Adeh...
Maka kena refer ke hospital lah.
Monday, June 13, 2022
Family Time ke Sawah Padi Sekinchan
Assalamualaikum!
Apa khabar semua hari Isnin ni? SR alhamdulillah... Baru lepas rakam lecture untuk kerja hakiki. SR cuba juga untuk adakan masa sekejap ni untuk menaip di blog kesayangan SR ni.
Banyak sebenarnya yang SR nak update, tapi semua ke draft aje haa...
Antaranya kisah SR dan Zaimi bawa anak-anak menghirup udara sawah padi di Sekinchan ni.
Sunday, June 12, 2022
Dine In di Ishak Maju, Senawang
Salam hujung minggu semua!
Apa khabar?
Pagi ni, SR dan zaimi layankan permintaan anak-anak nak bersarapan di kedai mamak. Masing-masing teringin nak makan roti tisu, dan roti pisang.
Saturday, June 11, 2022
Friday, June 10, 2022
Al Musowwir - Amalan Zikir Untuk Hamil
Assalamualaikum!
Salam Jumaat semua!
Sihat ke?
Nampaknya SR hanyut lagi dalam kehidupan sampai tak sempat ke alam blog. Hari ni SR kongsikan satu zikir yang SR terjumpa tadi. Mudah-mudahan impian rakan-rakan yang menginginkan zuriat, dipermudahkan serta dimakbulkan oleh yang Maha Esa.
+++
Al Musowwir (المصور)
Banyakkan membaca zikir ini المصور yang bermaksud Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk.
Wednesday, June 8, 2022
Monday, June 6, 2022
Saturday, June 4, 2022
Friday, June 3, 2022
10 Sebab Mengapa Penghidratan Penting
Cukup air adalah aspek penting—dan sering diabaikan—untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Apabila kita meningkat usia, ia lebih penting. Orang dewasa berumur 60 tahun ke atas lebih berisiko mengalami dehidrasi atas beberapa sebab, termasuk penurunan semula jadi dalam tahap dahaga dan perubahan komposisi badan. Orang dewasa yang lebih tua juga lebih cenderung untuk mengambil diuretik dan ubat lain yang menyebabkan kehilangan cecair dalam badan. Jika anda bergelut untuk mendapatkan lapan gelas 8 auns air sehari—jumlah yang disyorkan oleh ramai pakar kesihatan—berikut adalah 10 sebab bagus untuk minum lebih banyak.
Thursday, June 2, 2022
Hari Pertama Amir Masuk Darjah 1 | Throwback Thursday
Kisah amir masuk darjah 1. Musim pandemik dan norma baharu ni, memang tak dapatlah hantar dia masuk sekolah sampai ke depan pintu. Ini pun ayah dia snap gambar dari luar pagar.
Wednesday, June 1, 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)