Lama tak dapat pergi kedai kan.
Selalu order online je.
Tiba-tiba terlepas.
Ha kau!
Last week ada buat COD buku aku tu pada yang duduk sekitar Senawang ni, saja sambil ambil angin.
Lama terperap kat rumah.
Lagi lama perapan kat rumah compare dengan Kambing Perap weh.
Keh keh keh..
Jadi, bila sampai rumah Kak Aini, colleague jugak, tapi dia dah pindah Kampus Seremban 3.
Dia excited aku dah keluarkan buku, terharu aku..
Dan dia ada bagi hadiah sikit..
Awwww tenkiu Kak Aini, semoga murah rezeki akak sekeluarga 💓💓
Have a great week ahead kawan-kawan!
Jangan lupa jeling statcounter di atas 😊
Lupa nak cerita pasal ni, hari ni baru teringat.
Beberapa minggu lepas, Facebook ada tayang semula satu gambar aku pada tahun 2011.
Kalau ikut tarikh yang ditayangkan, masa tu aku dah jadi tunang kepada zaimi.
Hai semua!
Alhamdulillah akhirnya mini novel pertama aku dah dapat ISBN nya secara rasmi..yeay!
Cetakan pertama haritu, tak diletak lagi ISBN nya.
Dan setelah dikemaskini, ada dah 🤗
978-967-18756-1-2
Cover belakang tu, penerbit cetak lain sikit dah.
Lebih kemas kot kan?
Jadi inilah belah dalamnya.
Dan dalam text pun, kalau yang sebelum ni, ada hyphenation, jadi lepas bincang dengan penerbit, aku minta penerbit buat saja hyphenation tu.
Sebab tak berapa nak mesra pada mata aku hehe..
Alhamdulillah penerbit memang 'mudoh basso' bak kata orang kampung laki den hehe!
Pada yang nak dapatkan, bolehlah hubungi aku ya!
Whatsapp: 0192984616 (Syazni)
Emel: syaznirahim@gmail.com
Alhamdulillah syukur dengan sokongan dan review2 dari yang dah miliki dan baca 😊
Terharu, insyaallah akan terus menulis 🤗
Setelah tunggu beberapa ketika, akhirnya sampai juga tshirt dan medal Dragon Ball Virtual Run yang aku sertai tu.
Yeay!
Masa sempat bekerja di ofis sebelum kembali PKPB haritu, ada sorang colleague ni dia jual Wanpaku.
Wanpaku ni katanya adalah sandwich la, dalam bahasa Jepun.
Dr Muadz ni dia graduan universiti Jepun, memang terel habis lah cakap Jepun!
Jadi, selain wanpaku ni, macam-macam makanan Jepun dia jual weh!
Hoso maki la, sushi la, onigiri la, kalau aku, semua tu aku panggil sushi 😂
Ampun!
Tengok ramai staf lain order, so why not?
Aku pun join masuk list order, aku order wanpaku daging.
Hai semua! Cerpen ini sambungan dari Ikut Hati Mati, dan ada kaitan dengan salah seorang watak dalam Seperti Yang Awak Mahu (ada dalam Terkaitnya Kita)
Selamat membaca, semoga terhibur 😀
PERTEMUAN
Rumah orang lain, dah lama dah ada TV 4K UHD atau Smart TV.
Rumah aku memang pakai TV yang abah bagi, umur TV tu pun dah dekat 20 tahun 😂
Sorry Amerul Affendi sebab jadi model dalam TV tu haha (ini je gambar TV lama tu yang senonoh)
Sejak musim covid19 ni, susah betul nak bawak anak anak lelaki ni pergi gunting rambut.
Nak gunting sendiri, zaimi serba salah pulak takut senget lah, tobek lah.
Lama-lama adam pun dah tak larat nak ajak ayah dia gunting rambut.
TAK FAHAM
“Kau boleh duduk bilik belakang ni Tim. Dulu Jahra guna bilik ni jadi bilik ‘wardrobe’ dia. Lepas dia pergi, memang aku tak pakai pun bilik ni”, terang Fendi sambil membuka pintu bilik paling hujung dalam rumahnya ini. Hatim hanya menurut masuk sambil memerhatikan segenap sudut bilik itu.
Beberapa minggu lepas, sebelum PKPB mula di Seremban, zaimi ada keluar pergi kedai.
Balik je, dia ada bawak pulut mangga warna hijau ni.
Assalamualaikum semua, salam Jumaat!
Ada benda nak cakap, tapi malu.
Ehem!
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.
Serius, rasa macam tak percaya pun ada.
Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.
Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.
Dan inilah.
Aku telah pun membukukan fiksyen aku.
MANGSA
Sepertimana terketar-ketar tangan Hana terpaksa mengutip setiap cebisan kaca yang bercampur dengan nasi dari pinggan yang hancur berderai di atas lantai, seperti itulah jua ibaratnya Hana perlu mengutip kembali semangat dirinya yang tercampak jauh melayang entah ke mana saat ditengking oleh Faliq sebentar tadi.
Alhamdulillah, untuk keluaran November, sekali lagi artikel aku terpilih untuk diterbitkan.
Kali ini berkaitan subtopik Biodiversity, iaitu Biologi Marin.
Ramai pastinya dah tahu siapa Ju On kan?
Ala.. watak hantu kanak-kanak, yang muka pucat tak pakai baju yang suka mengintai tu.
Kan kan kan??
Serius cakap, minggu lepas memang sangat menyakitkan kepala.
Tak happy langsung minggu lepas.
Scroll gallery jumpa pulak gambar ni.
IKUT HATI MATI
Normalnya, kehidupan ini adalah ibarat peribahasa melayu yang berbunyi ‘Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang’ yang membawa maksud barangsiapa yang mengganggu rumahtangga orang lain pasti akan menerima akibatnya. Sarihah tahu dan mengerti sangat tentang perkara itu. Satu dalam seribu pun belum tentu ada perempuan yang akan menerima dengan lapang dada jika suaminya mahu ‘disunting’ oleh wanita lain.
Assalamualaikum, apa khabar semua?
Haritu sajalah share di Ig story, yang aku punya cerpen tu.
Lepas tu, ada kawan lama reply story tu.
Pernah tak kadang-kadang rasa miang-miang kat muka?
Rasa macam ada rambut, tapi tengok tak ada apa pun?
Tau tak, sebenarnya dekat muka kita tu, ada makhluk halus?
Hahaha!
Bukan hantu (kalau hantu tak tahu la, pergilah berubat), tapi kemungkinan ada Face Mites.
Kalau tak silap, orang kita panggil hama.
Ok hari ni masih nak kongsi tentang betapa amazing nya dunia mikroskopik ni.
Jadi nak kongsi satu video yang menunjukkan tentang rupa Face Mites tu kalau kita tengok menggunakan mikroskop.
Jom tengok video! 👀😁
‘You never realise the value of something until it's gone’
Alhamdulillah, minggu lepas cek peti surat, ada 3 keping sampul surat.
Satu dari Bank Islam, satu dari Kurnia Insurans, dan satu lagi ada setem.
Jeng jeng jeng!
Cerpen ini adalah kesinambungan Galas dan berkait dengan siri Hikmah.
RUNGKAI
Hari ini, sudah masuk hari ketiga Khalis
pening kepala memikirkan hal yang boleh dikatakan mengarut ini. Entah dari
hujung dunia mana asal-usulnya, tiba-tiba sahaja datang menyerah diri menyiram
pokok-pokok dan mengemas tapak semaian ini tanpa diundang. Bila Khalis buka
mulut dan bertanya, tak mahu pula dijawab walau sepatah pun.