Muncul Selepas Sebulan Kekalutan

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim...


Apa khabar semua?
Luput sudahkah SR dari ingatan semua agaknya ya?

SR memang tak sempat nak melayan blog sejak pertengahan September hari tu. Banyak betul perkara yang perlu diuruskan oleh SR dan zaimi.

Mungkin ada di kalangan pembaca blog SR yang tahu, yang SR sebenarnya dalam perancangan untuk cuti belajar. Jadi, keputusan permohonan biasiswa SLAB SR dan zaimi dapat jawapannya mulai pertengahan September itulah.

Maka, sejak dapat saja email keputusan biasiswa tu, memang berderet borang yang perlu diisi dan dicari orang-orangnya sebelum dihantar semula ke majikan.

Banyak juga perkara yang baru kami belajar masa menguruskan borang-borang tu semua. Antaranya tentang urusan setem hasil. Semuanya kena log in dulu dalam sistem, baru boleh matikan setem.

Terkial-kial jugalah. Tapi alhamdulillah akhirnya selesai.

Bila dah selesai bab penerimaan biasiswa, kami uruskan pula tentang pengesahan pendaftaran di universiti. Bila dah sahih, kami buat pertimbangan pula tentang perlu atau tidak untuk berpindah rumah.

SR memang berdoa agar ditemukan dengan orang yang baik-baik dan memudahkan urusan. SR agak tertekan juga, sebab macam bertimpa-timpa kan. Salah kami juga sebab tak rancang nak pindah awal.

Tapi Allah itu Maha Baik.

Dia temukan kami dengan rumah yang strategik lokasinya. Dipadankan pula dengan ejen dan tuan rumah yang mudah untuk berurusan. Walau last minit, akhirnya dapat juga kami 'sarang' baru kami di sini. Bila dah dapat sarang, urusan untuk perpindahan sekolah anak-anak pula harus dilakukan dengan pantas.

Syukur dapat tukar sekolah dengan cepat dan dekat.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fa bi`ayyi ālā`i rabbikumā tukażżibān

Artinya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Surat Ar Rahman Ayat 13 
.
Bila dah selesai urusan sekolah, sambung urusan daftar subjek wahib dan urusan lain berkenaan pendaftaran pula. Dalam masa yang sama, kami uruskan pula permohonan sekolah agama pula. 

Fuh.. Mencabar betul berpindah bawa anak-anak ni. Jantung asyik berdebar-debar sebab risau anak-anak tak dapat tempat, tak dapat adapt... Tapi setakat ini alhamdulillah, syukur atas bantuan Maha Pencipta.

Esok SR akan mula masuk kelas. Patut Jumaat lepas pun SR dah masuk kelas, cuma kelas kensel pula. Hehe...

Doakan SR ya semua! Lama dah tak jadi pelajar, asyik mengajar saja. Doakan SR dan zaimi sukses ya. In fact, doakan kami 5 beranak juga. Semoga SR, zaimi dan anak-anak cemerlang hendaknya!

Nervous, tapi redah!

Love!

PS: Hadiah Azhafizah pun saya belum sempat uruskan, insyaallah nanti saya tunaikan. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Take ur time SR..moga semua urusan SR & family dipermudahkan & berjalan dgn lancar. Moga terus success key... belajar pandai2 tau...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak, amin ya rabbal alamin ❤️

      Delete
  2. Insyaallah Allah sentiasa ada untuk kita dan semoga anak2 dpt adapt dengan new environment, new circle of friends and semoga SR dan husband pun dipermudahkan dalam kelas dan semuanyalah

    ReplyDelete
  3. Ooooohhhhh.... Ingatkan dah merajuk...

    Good luck ye

    ReplyDelete
  4. Wah...suami isteri sama-sama sambung belajar. Memang lebih mencabar gitu.

    Selamat kembali bergelar pelajar Syaz dan suami. Moga Allah permudahkan segala urusan Syaz sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Woww..So busy! Takpe Kak..settle yang Wajib dulu...Selamat menjadi pelajar! Semoga cemerlang ya keluarga Kak SR! Aamin!

    ReplyDelete
  6. Wahhh... tahniah!!! rezeki 2-2 dpt sama² sambung belajar... selamat menjadi pelajar semula ya SR

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.