Tahun lepas, kepoh kecoh seantero negara yang peraturan penggunaan kerusi kanak-kanak (carseat) akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Sebagai ibubapa yang ada anak kecil, perkara ni serba sedikit akan memberi kesan pada kami.
Timbang punya timbang, kira-kira bajet, congak-congak kehidupan harian, why not ambil 1 MPV atau SUV.
Tapi, nak yang harga tak mahal sangat.
Tapi, bila dah limitkan range harga, pilihan memang limited la.
Kalau ikut hati, rasa nak ambil Alphard terus hahaha
Tapi, ukurlah baju di badan sendiri, pesan hatiku pada diriku.. gittew..
Setelah pergi survey Aruz, Rush, Yaris (ni nasib baik tak beli, entah kenapa tergoda sangat, sah sah bukan MPV!), X70.. Last last mata terpandang kertas harga pada kereta yang sebelah X70 masa dekat showroom tu.
Mungkin terkena panahan arjuna (poyo ngat eh), aku terus je tanya macam-macam dengan salesman tu. Siap bukak bonet, pintu semua.. Anak-anak pun masuk duduk, nampak sangat selesa!
Plus, kerusi yang belakang boleh turunkan jadi rata, jadi boleh bawa barang besar macam perabot.
And just like that, aku terus decide untuk beli.
Zaimi pun kata terpulang pada aku, itu kereta aku. Viva pun dah nak habis bayar sangat.
Yang best, dia sangat menepati ciri-ciri yang dah kami list untuk ambil kereta baru.
Dia MPV.
Dia 7 seater.
Dia luas (compared dengan aruz sedikit sempit bila duduk belakang)
Dia ada aircond kat belakang, dekat setiap penumpang belakang weh!
Dia dalam bajet untuk ansuran bulanan.
Dialah Exora ku..hihik
Ada yang kata, masih beli kereta tempatan?
Aku jujurnya tak kisah pun.
Asal ada kereta, dan asal mampu bayar bulan-bulan.
😊
Elok je 14 Disember tu dapat ambil kereta, terus kami jalan-jalan ke jamuan house warming kawan zaimi di Beranang. Tergigil-gigil semua sejuk sebab kat luar hujan, lepas tu proton kalau baru, tau la aircond dia macam mana, dah macam dalam igloo orang eskimo hahaha
Tapi tak puas lagi ke sana ke sini dengan dia (sebab masih gilir2 kereta dengan zaimi kalau nak pergi kerja), eh tiba2 PKP.
Jadi tukun la exora ku..
Sekarang ni dah PKPP baru la dapat jalan balik dia 😘
Kenapa Bob?
Sebab nombor plate BQB. Kah kah!
Semua kereta aku wajib plat Selangor, because I'm one proud Selangorian walaupun beli kereta di Proton Edar Senawang 😜
Hehe..jangan marah haa..
16 Comments
Masa PKPP ni kalau beli kereta laaagi huntung
ReplyDeletesebab dah cut cukai.
Betul tu wak :D
Deleteakk pun tak kisah beli kereta keluaran tempatan..yg penting kereta selesa & within budget..
ReplyDeleteBetul, mungkin sebab tu tergoda sangat dengan exora masa tu, sebab within budget hehe
DeleteBetul beli ikut mampu sebab yang nak membayarnya kita sendiri.
ReplyDeleteBetul pc, saya sedaya mungkin tak mau tertunggak bayaran bulanan tu..huhu
Deletedapat sebiji kereta..tahniah syaz :)
ReplyDeleteKalau betul2 'dapat', alangkah indahnya hahaha
DeleteExora pun best n luas...anak ramai mmg puas ati, tpi x prnh try bawak exora, partnernye Alza ade la bawak, lebih kurang same kn..
ReplyDeleteBetul, kira adik beradik la 2 kereta tu hehe
Deletealhamdulillah syaz, kann tak kisah lah kereta apapun semua ikut kemampuan kita :)
ReplyDeleteBetul kak, risau juga yang mahal2 tu, komitmen insurans dan tayar pun mahal huhu
DeleteALHAMDULILLAH MAMPU BELI KETA BARU MUSIM PKP REZEKI TU
ReplyDeletebeli sebelum pkp kak, masa pkp kereta jadi tukun je kat rumah haha
DeleteSha lebih sukakan Proton sebab aircond dan lebih berbaloi dibayar bulanan..
ReplyDeleteExora tu idaman.. Ada rezeki memang nak sambar cuma lebih pada kehendak bukan keperluan tu yang mampu memuja dari jauh je.. hehehe
Kan, aircond proton memang mantap hahaha
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.