Muka dah cantik ketiak pulak bau asyem

Otak aku yang semakin berkarat ni menyebabkan sel-sel otak aku kurang nak bersambung, 
makanya tadi dah pukul 3 petang baru aku sedar yang hari ni 3 November, yakni aku ada appointment ubat kat Hospital Kajang..

Dalam pukul 3.40 macam tu, urusan pun selesai..maka aku dengan adik aku pun pergi ke Metro Point untuk membeli air CoolBlog yang sodap itu..heheh..

Kat situ adalah seorang budak perempuan yang lebih kurang umur adik aku tu turut sama beratur nak beli air tu..
Muka boleh tahan lah walaupun sedikit jongang.. Putih melepak, tak gemuk tak cikeding.. Kira cun lah!

Akan tetapi!
Bila ada satu ketika tu kami berdiri agak rapat, kebetulan dia pun mengangkat tangan dia untuk mencapai straw..
Sikittt lagi aku nak terbersin..
Bau ketiak dia humang aih! 
Terus potong markah..
T_T

Jadi, kepada adik-adik kakak-kakak dan sesiapa saja di luar sana,
pesanan ikhlas dari aku..
SILA JAGA KETIAK ANDA.

Biar muka tak cantik asalkan ketiak tidak berbau..
Tapi kalau dah cantik lagilah HARUS menjaga ketiak itu ya!

Bukanlah maksudnya kamu semua kena wangi semerbak,
sekurang-kurangnya biarlah tidak busuk.


Kerana ketiak yang berbau asyem itu mampu mencantas selera orang sekeliling..
Terima Kasih.

Post a Comment

0 Comments