Dekat rumah ni, kalau beli vitagen, selalunya akan beli yang pek berkembar. Yang ada 10 botol, perisa rawak. Yang campur-campur tu.
Dalam 10 botol tu, kadang yang warna hijau ada 1 atau 2. Warna oren pun sama. Yang banyak atau mesti ada adalah yang putih dan ungu kan.
Jadi, SR mesti selalunya 'berebut' yang warna hijau ni dengan ayu. Haha.
Abang-abang ayu memang suka ungu dan putih tu, jadi jarang dia orang berebut yang hijau dan oren. Ayu kebetulan selera sama pula dengan SR kan. Hehe.
Pagi ni, Ayu dengan zaimi pula dah positive covid 19. Jadi, tak perlulah SR, adam dan amir duduk isolate di atas lagi. Dah boleh duduk sama-sama di bawah.
Teringat ada vitagen yang beli Ahad lepas, minumlah sama-sama dengan ayu yang warna hijau ni.
Kalian suka vitagen warna apa?
+++
Ps: Terima kasih pada yang mendoakan SR sekeluarga 🤍
12 Comments
kalau beli vitagen kat rumah ni... uncle selalu dapat yang orang lain tak nak... huhu
ReplyDeletekalau kat rumah..yg jadi rebutan..anggur & oren. yg hijau & putih selalu last sekali baru habis
ReplyDeletesamalah, suka hijau. kedua purple. ketiga oren. putih tu kalau dah terdesak. haha
ReplyDeleteMeriahnya rebut-rebut vitagen anak dan ibu.
ReplyDeleteSedap
ReplyDeleteLama tak minum vitagen
Semua suka.. paling suka yang purple..
ReplyDeletenampaknya dah satu rumah kena kobit
ReplyDeleteHarap2 cepat sembuhnya
bru semalam beli vitagen.. busyra suka ungu
ReplyDeleteada je yg paket kaler hijau wak selalu beli gak., ;p
ReplyDeleteDah lama tak minum vitagen ni . Ccl paling suka vitagen hijau & purple .. Bila baca entri ni auto terus nk gi cari vitagen
ReplyDeleteminum berebut2 ni yang seronok.. heheh SS dulu suka warna hijau.. untung juga sbb ramai yang suka rebut purple and orange.. tapi skrang SS dah tukar selera ke vitagen putih. heheheh
ReplyDeletesaya sekeluarga pun sukakan vitagen. Masa abam kie kena covid thn lps, isteri n anak2 x kena...Alhamdulillah...
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.