Kluster Baju Biru

#throwback

Scroll galeri, terjumpa pula gambar ni. Gambar masa jamuan hari raya aidilfitri di aras pejabat SR. Tema yang ditetapkan untuk tema jamuan raya aras SR ni mudah dan senang diikuti, I like!

Kenapa SR cakap macam tu tau, sebab kadang-kadang, ada jamuan atau majlis yang kita kena pergi ni, urusetia tetapkan tema yang agak susah untuk SR ikuti.

Kadang nak warna yang pelik dan tak mudah untuk dicari. Kadang tema yang payah nak dituruti. Mungkinlah pihak yang anjur tu, dia pilih warna-warna tu sebab dia ada warna tu dalam almari dia. Dan mungkin warna tu okey dengan warna kulit dia. Tapi orang lain?

Mungkin tak ada atau tak pernah rasa nak beli pakaian warna demikian. Mungkin warna tu tak pernah dibeli sebab tak sesuai dengan warna kulit.

Tapi kalau tak ikut karang, dilabel tak sporting pula. Memang dilema. Tapi mengenangkan benda pun sekali-sekali, layanlah mana terdaya. Agak-agak masuk je lah.

Berbalik pada gambar di atas, urusetia masa ni hanya cakap, tema pakaian adalah baju kosong tanpa corak, tudung bercorak.

Haa kan mudah macam tu!

Tak payah pening dan serabut si kulit gelap ni nak cari baju atau tudung yang warna dia tak pernah ada! Hahaha!

Memang pada hari kejadian, semestinya ada banyaklah variasi warna dari baju-baju plain tadi. Jadi masa bergambar, memang macam-macam ragam, seronok! 

Antaranya bergambar ikut warna baju. Jadi, pada hari tu, inilah orang-orang yang pakai baju biru, sama dengan SR. Hehe...

Yang paling ramai rasanya warna ungu. Yang alone tanpa teman masa ni adalah merah 🤣

Itu sajalah dari SR hari ni. 
Entah mengong apa malam-malam membebel pasal tema baju majlis 😂

Ampuuunnn...

Post a Comment

10 Comments

  1. Tema baju raya saya tahun 2022.

    ReplyDelete
  2. terus menerawang ke wardrobe...ada baju biru tak? oohh...ada ada

    ReplyDelete
  3. Betul kata SR kadang yang bagi tema pun warna yang pelik-pelik, kadang nak gabunganya warna ungu kuning lah, ungu putihla kalau kita takde warna tu mcm tak best pulak. Jadinya bila tak tetapkan warna cuma nak baju kosong tudung bercorak memang mudahla kan.

    ReplyDelete
  4. baju biru pelbagai tona cantik ja

    ReplyDelete
  5. Setuju tu kadang-kadang majlis yang ada tema ni buat kita dilema. Itu yang kadang malas fikir tak payah pi senang hahahaa

    ReplyDelete
  6. kalau sebut biru banyak jenis biru tak kisah ada tone warna lain lain hehe

    ReplyDelete
  7. hahahaha merah alone ek, bila tengok almari baju saya pun tak banyak warna merah.

    ReplyDelete
  8. Senang tema begitu. Susah jugak nak mencari baju yang ikut tema kalau tak ada dalam almari.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.