Jaket Princess Disney

Assalamualaikum wbt


Anak dara sorang ni, masa ayah dia balik mengundi hari tu, dia siap kirim baju 'girl' dari ayah dia. Tahu-tahu je ayah dia akan pergi ke Pengkalan Kubur dengan adam dan Tok Ma. Kata ayu, baju dia banyak baju 'boy' aje. Manakan tidak, semua baju abang-abang dia yang masih elok tapi dah tak muat, semua pass dekat dia.

Dia sendiri memang taklah selalu beli baju baru. Kalau beli baju baru pun, SR akan belikan dia dress atau gown yang dari kain cotton, yang selalu ada jual di Giant atau Mydin tu. Jadi bila dah pandai bercakap dan dah ada perasaan ni, dia pun dah retilah nak order sendiri dari ayah dia! 

Haha!


Jadi zaimi pun belikanlah dia jaket yang ada gambar princess Disney. Ada Cinderella, Sleeping Beauty, Belle dan entah apa namanya SR pun tak ingat. Kain dia jenis jersey. Ada hoodie. Seronoklah si kecik tu. Memang asyik pakai aje. 

Dan memang selalulah ayu request untuk bawa jaket tu pergi tadika. Nak pakai dalam tadika. Sejuk kononnya. SR layankan aje. Adalah dua tiga hari juga dia pakai pergi tadika.


Memang SR pesan, jaga jaket tu elok-elok. Hadiah ayah beli untuk ayu tu, jauh ayah belikan. Sekarang kan musim hujan, sejuk, jadi selalu jugalah dia pakai juga jaket tu dalam rumah. Memang fav sangatlah si ayu. Ada gambar princess kan. Dia memang suka fefeeling princess ahaha.

Post a Comment

8 Comments

  1. Alahai.. comelnya dia dengan jaket baru.. Dah pandai bergaya dah..

    ReplyDelete
  2. Comelnya dia.. Hihihihihi
    Happy sgt yer dapat baju princess.. ;)

    ReplyDelete
  3. Alolo.…bertambah comel Ayu dengan jaket princess.

    ReplyDelete
  4. comelnya adik....Cuya kalau dulu2 dpt jaket mcm ni pon seronok jadinya..

    ReplyDelete
  5. Kawan2 tadika dia mesti jeles ni....

    ReplyDelete
  6. Comel jer ayu... mmg daddy's girl sgt ni... mintak je dr ayah kompom dpt

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.