Emak dan Abah Februari 2023

Bawa emak gunting dan cuci rambut

 Sayu dan senyap rasa rumah SR pagi ni. Sebenarnya emak dan abah SR ada datang ke rumah kami hari Selasa lepas. Stay di rumah sampai semalam petang. SR pula tak dapat nak bercuti sebab ada urusan jaga exam, kemasukan markah semua tu.

Kebanyakan masa memang mak dan abah SR dengan cucu-cucu sahaja di rumah, itu pun ada hari yang Adam dan Amir kena pergi ke sekolah.  Ada hari apresiasi dan lagi pun dah sekolah rendah ni, macam tak elok nak ponteng-ponteng. Ayu tak apalah sementara dia masih 5 tahun.

Tapi bila kita ada dekat rumah pun lewat petang sampai subuh, tak lamalah masa untuk bersembang. Cuma selasa tu sempatlah SR bawa emak pergi ke salon di Zemart tu. Ajak dia gunting rambut dan cuci sekali.

Emak dan abah kalau ada di rumah, memang heaven sebab emak SR mesti masak. Dia suka masak, jadi jangan dilarang nanti dia merajuk dan tetap akan masak jugak 😂😜

Masak tu ibarat terapi buat emak. Dia suka bila tengok orang makan apa dia masak. Dan tipulah kalau kami tak makan dengan bersungguh-sungguh. Sebab tu bila dia kata nak datang, SR dan zaimi dah belikan siap-siap lauk basahnya. Emak akan congak apa dia nak masak, dan SR bawa dia ke Zemart sekali lagi jika ada bahan tak cukup. Gitteww...

Lepas tu SR kata tak payahlah lipat kain, emak lipat jugakkk. Rezeki jangan ditolaklah senang. Dia dah lipat, SR syukur ajelah. Emak suka aktifkan diri. Dekat mana-mana dan dari dulu lagi emak macam tu. 😂

Abah SR pula selalu tolong SR sapu lantai. Lantai dalam dan luar abah sapu. Berkilatlah rumah SR lebih dari biasa kalau abah ada di rumah. 😘 Emak dan abah SR memang rajin, SR je rajin 70% dari kerajinan depa ahahaha! Exercise, kata emak dan abah. 

Tapi itulah, bila hari atau pagi pertama emak dan abah dah balik, mesti akan rasa sayu macam ni. Rasa macam homesick.

Semoga Emak dan Abah SR sentiasa di bawah lindungan yang Maha Esa. Moga murah rezeki emak dan abah. Moga dikurniakan kegembiraan dan kesihatan. Moga terbina mahligai indah di syurga buat emak dan abah. ❤️

Post a Comment

4 Comments

  1. amin.... semoga emak dan abah SR sentiasa dilindungi dah hepi2 selalu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mak ayah SR masin sihat dan bertenaga...

    ReplyDelete
  3. Sama la mak abah kita...sekrg ni surarumah Pak Zain, masak..basuh baju...kemas rumah..SA kerja balik dha malam..dia berdua je ngan Mak Pah...memang itu je la kerja diorang..sesekali Mak SR datang mesti seronok kan...

    ReplyDelete
  4. Seronokkan bila mak abah datang jenguk. Dapat merasa air tangan mak tu pun satu nikmat terbesar..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.