Assalamualaikum wbt
Sedar tak sedar, dah tiga hari iftar. Hari ni hari keempat kita semua berpuasa pada 1444H ni. Diharap semua terus bersemangat mengekalkan momentum untuk beribadah.
Ramadan kali ni, SR rasa cuaca sangat panas. Memang sampai rasa tekak sangat kering menjelang petang. Mungkin juga berkait dengan jadual kerja SR yang agak padat sepanjang minggu lepas.Banyak sangat benda untuk dibuat, difikirkan dan diruruskan.
Esok dan minggu depan juga SR dah terasa bahang kesibukan.
Namun SR harap keberkatan bulan Ramadan ini juga mampu membantu urusan-urusan SR berjalan lancar. Insyaallah...Aminn.
Tahun ni juga, SR tak ada rasa langsung nak ke bazar ramadan. Ramai yang bagi bad review, harga mahal, makanan tak berkualiti... Jadi SR malas nak bersesak. Bersederhana sahajalah iftar kami anak beranak tahun ni. Bagus juga, makan tak banyak, tak lah rasa berat sangat nak tarawih. Semalam SR, zaimi dan ayu pergi beli barang-barang basah untuk masak hujung minggu. Punyalah ramai orang. Sampai nak keluar dari kawasan parking pun ambil masa 30 minit. Gilaa betul. Tapi nak cari barang punya pasal, redha ajelah.
SR dan zaimi memang akan sampai rumah lewat petang setiap hari. Masak memang hujung minggu ajelah. Macam semalam, kami berbuka banyak sedikit, sebab SR masak dan zaimi pun turut beli roti john. Ada masa bolehlah nak buat semua tu SR dan zaimi ni.
Untuk hari-hari lain, SR dah join group whatsapp dekat office. Hampir semua staf perempuan ada dalam tu haha! Group tu dibuat oleh seorang peniaga makanan di Beting, Kuala Pilah. Hari-hari biasa memang dia ada buka kedai makan. Jadi bulan puasa, dia buka order juga, ikut permintaan. Siap bungkus lauk tu dan hantar ke office, bayar secara transfer.
Noohh rokiah, kan senang. Alhamdulillah ada juga pilihan untuk kami yang bekerja ni. Boleh balik rumah terus tanpa perlu menyinggah-nyinggah lagi.
Tahun ni pun ayu dah mula belajar berpuasa. Tapi takat pukul 3 ajelah dulu. Itu pun asyiklah tanya bila nak pukul 3. Haha! Solat pun. Diperketatkan sikit untuk ayu, paksa-paksa sikit dia ikut SR solat. Abang-abang dia alhamduillah, diorang solat insyaallah dah boleh harap, puasa pun dah beberapa tahun penuh sepanjang hari. Harap tahun ni pun sama.
Cuma tahun abang-abang kena tarawikh penuh 8+3. Sebelum ni diorang buat 4 aje. Jadi tahun ni mula untuk buat 8+3. SR memang kalau larat, akan join sekali. Ayu dah 2 malam dia mula berdengkur dah masa orang tarawikh tu.
Apa-apa pun, SR pesan dekat abang-abang, kalau larat, bagus buat 8+3. Kalau tak larat sebab sekolah, buat takat larat.
Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
EH banyak pula celoteh SR. Terima kasih pada yang baca. Hehe...
SR pun banyak main autopublish aje sekarang. Pada yang drop komen, SR sangat hargai.
Nanti SR blogwalking lepas lipat kain ni. Insyaallah kalau tak tertidur. Haha!
Take care semua, keep hydrated, selamat beribadah di bulan Ramadan!
8 Comments
Tgk status SR pun nampak benau busy-nya :D
ReplyDeleteAnyway may Ramadhan bring good things to you and your family 🤗
Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan 1444H. Moga puasa kita, solat kita dan amal ibadah kita diterima Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSemoga diberkati amalan kita pada bulan ramadan ini
Ayu steady... tengok posing dia pun tau...
ReplyDeleteSaya pun kurang berminat untuk ke BR. Nantilah kalau ada masa, bolehlah intai-intai. Mana tahu teringin hendak makan apa-apa.
ReplyDeleteAnak-anak kecil kena selalu dipuji-puji, dipujuk-pujuk. Lama-lama pandailah solat dan berpuasa.
sy xde mood nk g bazar. bkn sbb mahal tp nk cari yg ikhlas menjual tu... hmm...
ReplyDeleteayu puasa so far ok x?😀
Betul ..puasa tahun ni cuaca panas . Belum lgi teengahari dah kering anak tekak ni . Dugaan bulan puasa kan .. Comel laaa telekung ayu
ReplyDeleteAlhamdulillah, awal- awal dah didik anaksyukur...Opick pun sama..Aydan x leh lagi la..dia baby lagi katanya..padahal dah 6 tahun
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)