Doakan Kesembuhan Abah

Assalamualaikum wbt


Abah SR tak sihat beberapa hari kebelakangan ni. Sesak nafas macam kurang oksigen. Tekanan darah pun sekejap tinggi, sekejap rendah.
Jadi haritu dia dah tak larat sangat, adik dan emak SR bawa abah ke Hospital UIA di Kuantan tu.

Lama juga dia di zon kuning. Siap drip air. Malamnya ditolak ke wad. 

Jadi sampai hari ni masih di wad, dah dua hari. Disebabkan dia rasa penat aje, macam tak cukup nafas, memang Dr pakaikan tiub oksigen yang halus masuk ikut lubang hidung tu.

Dia sedar aje, cuma dia tak larat.

Kawan-kawan dan blogger yang ternampak post ni, SR minta doakan kesembuhan abah SR sama-sama ya.

Semoga abah SR lekas-lekas baik, pulih dan boleh balik berehat dekat rumah. Puasa seperti biasa. Semoga urusan abah dan emak SR, adik SR, berjalan lancar dan dipermudahkan.

Semoga doa yang baik-baik dari kalian, turut dikembalikan pada kalian juga nanti ❤️

Post a Comment

11 Comments

  1. Semoga diberi kesembuhan buat ayahanda SR. Mudahkan dan lancarkan semua urusan keluarga SR... Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah beri kesembuhan pada ayah SR. Adik I tahun lepas pun kena sesak2 nafas macam ni (in fact dari kecik tak pernah ada athma), tapi alhamdulillah skg dah riang ria lepas warded beberapa hari.


    ReplyDelete
  3. Syafahullah buat ayahanda 🤲
    Semoga dipermudahkan juga urusan SR sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. smoga cpt sembuh abah syazni & dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  5. Syafahullah buat abah SR, semoga diberi kesembuhan...

    ReplyDelete
  6. Semoga abah SR kembali pulih dan sihat seperti sediakala.aminn

    ReplyDelete
  7. semoga diberikan kesihatan yang baik-baik sahaja untuk abah SR dan juga keluarga SR

    ReplyDelete
  8. Semoga abahnya kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

    ReplyDelete
  9. semoga diberi kesembuhan buat pakcik Rahim

    ReplyDelete
  10. moga Abah SR diberi kesembuhan semula aminnnnnn

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.