Baru Nak Feeling Cute

 Haritu, iklan bawal Kekaboo yang design terkini asyik lalu lalang je Instagram aku.

Lama-lama bila dah kena goda, aku pun tewas.

Ye lah, nafsu pun senipis kulit bawang, serapuh sarang labah-labah.

Jadi setelah berfikir tak sampai seminit panjang, aku pun terus order 3.

Dua hari lepas tu, sampailah mereka dengan jayanya ke pangkuanku..yeay!


Aku memang peminat bawak kekaboo ni, dia lembut dan mudah bentuk.
Plus dia lebar jugak.
Dah kertu ni, kalau boleh taknak pakai tudung singkat sangat kan.

Asalnya, aku tertarik dengan yang paling kanan tu, code Macaroon.
Tengok model tu pakai sangat sweet dan cute.

Jadi berbungalah hati, teringin dan bajet boleh jadi cute macam tu hahaha!

Apa lagi, kebetulan masa tu nak bertolak balik kuantan kan, teruslah rasmi tudung idaman kalbu si macaroon tu!

Elok je aku dah siap, tengah turun tangga tak sempat sampai bawah lagi masa tu, 
ayu dah jerit:

"Mak, mak patai tudung bejer te?"
(Mak, mak pakai tudung burger ke?)

Whattt????

OMG, tulus dan jujurnya mu anak!
Rupanya di matamu yang suci nampak macam penuh burger kat kepala mak ye..

Jadi mak pun berhuhuhuhu lah..
Terus sedar diri tak cute pun haha!


Terus mata aku dah tak nampak benda tu macaroon, nampak macam burger burger yang bergentayangan di udara.

Sobs.

Post a Comment

28 Comments

  1. bahaya kalau tengok benda sama je kat ig, tak pasal terjebak..haha
    tapi comellah design dia :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
  2. Tapi burger tidak warna-warni.
    Tengok tudung Kekaboo ini nampak macam tudung Aidijuma. Sama material ke?

    ReplyDelete
  3. Comel2 coraknya..sy lg selesa pakai yg plain sbb kalau sy pakai yg brcorak rasa muka nampak lebih matang dari usia 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul, kalau dengan baju kurung, saya pun suka pasangkan dengan yang plain hehe

      Delete
  4. HAHAHAHAHAHAHA adoiiii lepas baca pun ternampak benda yang sama jugak lah

    ReplyDelete
  5. lucunya ayu!! burger yg berwarna-warni ye... skrg kakmim x gila kekaboo dh... bawal fareha skrg pn lawa² jugak design tp order x sampai² lg ni... hihihi

    ReplyDelete
  6. macaroon dipanggil burger ! hehehe .. aduhaii anak.. sabo je la kan heheh

    ReplyDelete
  7. hhahahah burger warna warni... lapar ayu nengok

    ReplyDelete
  8. Alahai.. jujurnya Ayu.. hehehe..
    Cantiklah.. kreatif designer dia..

    ReplyDelete
  9. burger pon burger la kak... belasah jer

    ReplyDelete
  10. Comei juga design dia. Tak pernah beli lagi bawal kekabu ni. :)

    ReplyDelete
  11. Janji selesaaaa! Hihi.. Sy suka design yg mulut muah muah tu.... pandai kak pilihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihik.. teringin pulak nak beli masa tengok design tu haritu nona 😂

      Delete
  12. Cantik corak tudung bawal kekaboo. Alahaii mak baru nak feeling cute..ayu ayu..burger pun burger lah ayu :)

    ReplyDelete
  13. Haha macaroon jadi burger. Comel la ayu ni.. burger tak ada warna warni macam tu ye dik.. hehe... Comel gak tudung paling kiri tu.. mumia.. kawaaiiiiii 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan comel kan tudung2 tu ahaha.. walaupun kadang rasa tak kena jugak dengan muka bila pakai tudung corak2 ni

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.