Hasil Kerja Ayu Dihurung Semut

Bulan puasa lepas, ayu ada bawa balik hasil kerja dia buat dekat tadika. Artwork yang kena tampal kacang atas tulisan 'Allah' dalam jawi. Macam biasalah, baru-baru sampai rumah, sibuk masing-masing. SR nak uruskan on mesin kainlah, itulah inilah... Jadi SR suruh ayu letak dulu atas meja komputer sebelum SR tampalkan di dinding.

Lepas maghrib, tiba-tiba SR dengar ayu menjerit. Masa tu dia tengah cakap telefon dengan nenek dia. Asalnya dia cerita tentang kerja sekolah dia tu lah.

"Mak! Mak!" Terjerit-jerit dia, bunyi dah macam menangis.

SR pun berlarilah pergi dekat dia. Taulah yang dia tengah duduk dekat kerusi di mejua komputer SR masa tu. 

"Kenapa? Kenapa?" Cuak juga SR!

"Kerja sekolah ayu ada banyak semut!" Ayu dah meraung-raung.

Rupanya, semut dah serang. habis dia hurung kacang-kacang tu. Tak sangka pula semut berminat juga nak hurung kacang tanah. Terus SR sembur dengan Shieldtok. Serba-salah juga dengan semut-semut, tapi tindakan reflex terus rasa nak spray. Huu...

Lepas tu terus tampal dekat bilik ayu, seperti permintaan dia. 😊

+++

Pergi raya mana hari ni? SR pergi Giant aje dengan zaimi. Tapi hujan aje sepanjang hari. Lemau teroxx SR. Hahaha

Post a Comment

12 Comments

  1. Alamak, harap jangan ada pulak yg termakan kacang tu, hihihi.

    ReplyDelete
  2. Alah, comei pulk artwork kena serang dgn semut, hihi

    ReplyDelete
  3. kacang sedap tu ayu sebab tu semut suka ;-)

    ReplyDelete
  4. Dapat 5 bintang tu, well done Ayu!

    ReplyDelete
  5. musim hujan semut pun lapar

    ReplyDelete
  6. aduh semut ni punnn hahahha..

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai kacang goreng lagi ramai semut hurung

    ReplyDelete
  8. semut semua benda dia nak hurung. ulat sampah pun dia hurung hihu

    ReplyDelete
  9. Semut apa aje nak hurung kan...cuak kejap ye

    ReplyDelete
  10. kacang pun manis ker? confius jab

    ReplyDelete
  11. skrg ni tengah musim panas lagi banyak askar2 semut berbaris buat kerja. nak siram dengan air kesian, nak spray kesian, cuba gak baca doa nabi sulaiman tu tapi sebab ilmu kurang didada macam tak menjadi. hmmmmm

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.