Berkuda Di Pantai Batu Hitam

Assalamualaikum...

Cerita balik Kuantan awal Ramadhan hari tu sebenarnya ni. Kisah Tok Wan melayan cucu-cucu lelaki yang dah mati kutu tak tau nak buat apa sebab berpuasa. Jadi lepas asar, abah SR bawa adam dan amir ke Pantai Batu Hitam untuk lepak makan angin.

Lalu pula orang yang bawa kuda dekat pantai tu. Memang dia buat bisnes untuk pengunjung Pantai Batu Hitam yang nak naik kuda, bolehlah tunggang kuda dia.

Jadi abah SR pelawalah cucu-cucu lelaki dia ni. Seperti biasalah, amir memang sejak azali lagi tak suka dan takut sikit dengan haiwan. Dia dengan kucing pun dia kureng. Apatah lagi nak suruh dia panjat dan tunggang kuda tu. Haha!

Makanya, adam seorang aje lah yang naik kuda coklat tu. Pusing-pusing sekitar pantai tu aje.
Harganya, bak kata abah, tak tetap. Tuan kuda tu minta bayaran seikhlas hati sahaja. Unik kan?


Amir duduklah di tepian pantai aje dengan abah SR. Sambil abah borak-borak dengan kawan dia yang ada buka gerai dekat tepi pantai tu. Lepas selesai naik kuda, kawan abah SR tu pun ada bekalkan beberapa lauk untuk kami berbuka puasa.

Murah hati sungguh, semoga murah rezeki Pak Cik!

Yang paling SR suka, masa tu dia ada kirimkan kerabu.
Pergh!

Memang tak ingat dunialah SR makan kerabu tu ahahaha!
Sampai tak ingat nak ambil gambar kerabu tu. 

Rindu pula dengan mak dan abah. Tak sabar nak jumpa untuk berhari raya ๐Ÿ˜€

๐ŸŽ

Post a Comment

6 Comments

  1. memang unik sebab kenakan bayaran ikut seikhlas hati. memang dia bukan nak cari untung, sekadar nak tengok orang happy

    ReplyDelete
  2. Kena beli pistol koboi kalau macam ni....

    ReplyDelete
  3. SONOKNYA BERKUDA DI TEPIAN PANTAI

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat naik kuda , siar2 tepi pantai

    ReplyDelete
  5. Wah.. Menariknya cara bayaran dia..

    ReplyDelete
  6. Seronoklah Adam dapat naik kuda. Memang unik sangat harganya. Tapi susah jugak tu nak decide nak bagi berapa. Alhamdulillah dapat rezeki makanan. Semoga perniagaan pakcik tu terus maju dan dilimpahi rezeki berganda-ganda berkongsi rezeki. Aamiin...
    Selamat balik kampung berhari raya :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.