Minggu Ketiga, Semester 1

Assalamualaikum wbt

One with Fadzilah

Hari ni merupakan sesi makmal kedua yang SR hadiri untuk kelas (Coursework part) SR di UPM ni. Walaupun mode pengajian SR adalah By Research, tapi SR masih kena penuhi 6 kredit untuk kelas. Kelas ini namanya Soil Testing and Plant Analysis. SR ambil subjek ni atas saranan SV SR, untuk memantapkan lagi pemahaman SR tentang research yang akan SR buat nanti. Insyaallah.

Jadi selepas dah dua, tiga kali juga SR dan classmates SR yang tiga orang tu bersama-sama, bolehlah dikatakan kami dah boleh masuk antara satu sama lain. Dalam gambar di atas tu, SR dengan salah seorang classmate SR yang sama-sama ambil subjek ni. Namanya Fadzilah, dari Libya.

Lagi dua orang, orang kita. Tapi! Kami semua kena berbual dan berbincang dalam Bahasa Inggeris! Ha speakinglah weh! Kalau tak, Fadzilah tak faham, dan semestinya kami tak nak dia rasa left out kan.

Pengalaman yang menarik juga bila dapat buat kawan dengan orang dari negara luar. 

Tadi SR belajar leaching method

SR dah lama tak belajar secara hard core macam ni. Masa kerja dulu, paling-paling belajar dalam kursus aje. Jadi, bila kena belajar secara formal ni, rasa bingung, tapi exciting dalam masa yang sama. Asah mana yang karat, gali mana yang tak pernah nak dalami.

Cuma SR harap, SR okey dan boleh jawab exam dengan otak SR yang dah tak berapa muda ni. Huhu...


Masih awal lagi buat SR di sini. Dalam perjalanan SR ini. Besar harapan SR agar SR boleh habiskan dengan jayanya.

Semoga kejayaan yang besar buat SR dan zaimi! Aminn ya rabbal alamin...

Itu dululah update dari kisah hidup SR di fasa sambung pengajian ini. Moga Allah berkati dan permudah.

Kalian semua take care! Jangan lupakan SR!

Post a Comment

3 Comments

  1. morning SR... all the best dear.. in sya Allah you can do it!

    ReplyDelete
  2. tengok table bahan kimia tu..teringat msa F5. pening mak dulu...yelah budak tak pandai tetiba chapter sains kena blaja ni..juling mata

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.