Walimatulurus Di Sungai Ramal Kajang

Assalamualaikum wbt...

Pejam celik pejam celik, dah habis dah dua hari cuti hujung minggu. Nasib baik esok ada sehari lagi cuti peristiwa sempena kita dapat Perdana Menteri ke 10 kan. Hahah. Siapa aje yang tak suka cuti, betul tak?

Kalian pergi jalan-jalan ke? SR hari ni seharian di rumah saja, duduk rumah layan anak-anak dan memasak. Semalam pula SR, zaimi dan anak-anak memenuhi jemputan walimatulurus dari salah seorang rakan sejabatan kami. Anak dia telah selamat bernikah, jadi semalam adalah kendurinya.


Terima kasih Dr Noorlis atas jemputan. Seronok anak-anak dapat bunga jeli tu seorang satu.


Semoga pengantin kekal bahagia di jalan Allah sehingga ke jannah!

Ada ke yang dapat jemputan kenduri juga macam SR? Kenduri di mana? Jem tak?

Kami alhamdulillah trafik sangat lancar dari Senawang ke Sungai Ramal ni. Kami ikut LEKAS, terus masuk SILK. Terus sahaja sampai ke dewan kenduri ni dalam masa tak sampai pun 1 jam.

Alhamdulillah... lama dah tak makan kenduri sebenarnya 😁

Post a Comment

11 Comments

  1. Nasib baik pejam celik, pejam celik... Kalau pejam celik, pejam celik, pejam terus...?

    Eh? hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Ibu pun tak kemana juga SR cuti ni sebab ayah Aqil kerja (swasta) jadi x cuti esok baru dia dpt cuti umum tu. Tak ada apa plan pun untuk esok. Betul SR dapat makan nasi kenduri kawin ni best sebab dah lama x merasa makan kenduri kan?! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, makan kenduri ni feeling dia lain hihihi

      Delete
  3. Semalam wak pun ada 2 walimatulurus
    Frust semua takde kambing

    ReplyDelete
  4. ada jemputan kenduri hari Sabtu, tapi x gi..x brp sihat...huhu..

    ReplyDelete
  5. musim cuti ada saja mjlis kenuri kawin kan

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak dapat jemputan kenduri. Rindu nasi minyak

    ReplyDelete
  7. Ada dapat jemputan. Kawan kawin. Tak jem, cuba dewan penuh sebab ramai yang datang serentak.

    ReplyDelete
  8. Dah agak lama cheq tak dapat jemputan kenduri, last time pi makan kenduri member kawin tahun 2019, kat Shah Alam 😬

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.