Makan-Makan Sempena Birthday Emak ke 62

Assalamualaikum wbt

#throwback


Ya! Masih lagi post cerita berkisar hari lahir. Ini entry sambungan dari entry Kek Hari Jadi Emak SR yang ke 62 tu. Tak adalah nak cerita apa sangat pun, cuma SR nak abadikan cerita hari itu dalam blog SR. 😀 Birthday emak SR tahun ini, SR seronok sebab emak ada di rumah SR. Kebetulan sama dengan birthday abah juga masa hujung Oktober tu, pun kebetulan abah dan emak ada juga dirumah SR. Rezeki SR tahun 2022 ini. Alhamdulillah.

Birthday emak SR tu hari Khamis, kami kerja. Jadi, kami anjaklah hari untuk makan-makan tu pada hari Sabtu dua hari selepas tu. Ringkas-ringkas sahaja sambutannya. Kami order sate, Boi bawa kek, zaimi dan SR buat spaghetti carbonara Prego, dan emak SR sendiri, walaupun dia birthday girl, dia masakkan kami nasi lemak.

Nasi lemak emak memang legend! Kegemaran kami adik-beradik! Sampai pasangan hidup kami pun suka juga tau! Jadi bila emak kata nak masakkan, tak kan nak tolak! Haha!

Zaimi, SR, Amir, Abah, Adam, Emak, Ayu, Inas, Zura dan Boi

Jadi, kami bergambar kenangan dulu sebelum mula menyerang semua makanan yang ada! Untuk makan-makan kali ini, adik perempuan SR, Nana, dan keluarga kecil dia sahaja yang tak ada. Dia baru sahaja bersalin sebulan yang lepas, jadi dia tak berani lagi nak berjalan jauh-jauh ke Senawang. Tak apa, nanti kita berkumpul di Kuantan pula! Insyaallah!

Bergambar dengan anak-anak yang ada

Cucu-cucu emak dan abah. Iman tengah terbaring tidur, Saniy (anak Nana) aje yang tak ada.

 

Cucu-cucu sibuk suruh nyalakan lilin. Nenek pun layankan aje permintaan cucu-cucu kesayangan. Cucu-cucu pun gigih nyanyikan lagu Happy Birthday dekat emak SR. Lepas tu, dengan tak malunya, diorang pula yang beria-ia tiup lilin tu. Sabar ajelah! Haha!







Lepas makan-makan, memang aktiviti bersembang dan catch up cerita masing-masing. Dan banyak berborak topik bersunat, sebab adam amir kan baru aje lepas bersunat. Banyak juga berbual cerita-cerita masa kecil, melarat jugalah sampai ke PMX kita, DS Anwar Ibrahim dan YB Sani MP Hulu Langat 😂

Dan namanya berborak kan, memang tak sedar masa berlalu. Bergambar semestinya tak habis lagilah kan. Kebanyakannya gambar emaklah.



Semoga emak SR terus sihat dan menjadi penyeri kami sekeluarga. Begitu juga dengan abah SR, dan zaimi juga! 😄

PS: Asyik-asyik birthday dengan sunat aje modal SR bulan Disember ni haha!

Post a Comment

6 Comments

  1. Simple sambutan dan yang penting mak happy kan...anak2 nampak lilin atas kek mmg diorang la yg conquer

    ReplyDelete
  2. selamat hr lahir makcik..moga sentiasa sihat happy selalu disamping anak menantu dan cucu-cucu

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat berkumpul adik-beradik meraikan hari lahir emak. Semoga mak SR sihat walafiat dan bahagia di samping anak cucu.

    ReplyDelete
  4. Semoga emak SR sentiasa sihat dan ceria.. Happy dia dikelilingi cucu2 tersayang.. Jelas kegembiraan diwajahnya.. ;)

    ReplyDelete
  5. Hepi birthday untuk emak SR! Selalu gitulah kan, budak-budak yang beria bila potong kek

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga Mak SR sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah.. Aamiin..
    Masa inilah seronok bersembangkan SR>>

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.