Hari yang 'Bersejarah'

Assalamualaikum wbt

#throwback

Makan malam di Kubur, circa 2008

Cerita lama. Tahun 2008 kalau tak silap SR. Cerita yang memang susah sikit SR nak lupakan! Hari yang bersejarah!

Masa ni, SR dan zaimi sedang sambung belajar ke peringkat sarjana di UKM Bangi. Masa tu juga, zaimi dan SR baru 'berkawan-kawan' rapat. Tak letak apa-apa tag lah pada hubungan kononnya masa tu. Adalah beberapa kali zaimi dah bawa SR jumpa dengan kakak (Siti) dan adik perempuan dia (Umi), yang kedua-duanya pelajar di UIA masa tu. 

Adalah keluar sekali bersama beberapa kali. SR dah tak janggal dengan mereka berdua, terutamanya Umi, sebab kami sebaya kot. Beberapa bulan selepas tu, kebetulan Siti akan berkonvokesyen pula dalam tempoh terdekat. Jadi, yang akan hadir pada majlis konvokesyen Siti adalah Ma zaimi sahaja, sebab Ayah tak dapat hadir. "Jadi, sempena konvokesyen Siti, bolehlah kenal-kenal dengan Ma." Lebih kurang macam tu lah zaimi kata pada SR masa tu.

Biru hijau maroon jingga dan segala macam warnalah yang terbit dekat muka SR! Nak kata seram, tak juga. Nak kata tak nak jumpa, nak! Hahah! 

Ma sampai di Kuala Lumpur dua hari sebelum hari konvokesyen Siti. Ma naik bas pagi dengan Siti, sampai sebelah petang. Zaimi ajak SR dan Umi pergi jemput Ma dengan Siti. Berdebar gila! Haha! Jadi, lepas itu ini, malam tu makan malam sama-sama di Kubur. Pelajar UIA mesti tahu kedai makan dengan jolokan Kubur ni kan? Kedai tu famouslah di kalangan budak UIA. Dipanggil kubur sebab lokasi dia sebelah tanah perkuburan!

Masa makan malam tu, SR opkoslah masih malu-malu kucing. Ambil gambar pun sampai bergegar-gegar tangan! Tu hasil gambarnya, dekat atas sekali tu! Esoknya pula, zaimi dan umi nak bawa Ma jalan-jalan di Kuala Lumpur. Siti pula tak ikut, sibuk uruskan pengambilan jubah dan adalah urusan dia kan. Zaimi ajak SR sekali. SR pun dengan tak malunya cakap "Okey!" 

Jadi bawalah Ma jalan-jalan esoknya tu. Haa... Inilah harinya yang SR kata bersejarah tu!



SR dah macam Dayang Senandung sebab depa semua cerah-cerah 😅



Lepas dah puas berjalan di KLCC, Umi nak bawa Ma ke Jalan TAR pula. Ma kata tak pernah sampai ke situ. Dah sampai di sana, ronda ke area Jalan Masjid India juga. Aktiviti biasalah, window shopping. Keluar masuk kedai. Kami layankan aje. Cuma SR lah yang sedikit janggal masa tu. Sebab SR sebenarnya tak pernah berjalan-jalan dan window shopping di Jalan TAR dan KL pakai kain 😂

Masa tu SR masih muda remaja, SR memang selalunya pakai jeans dan t-shirt aje. Tapi dah kata nak pergi jalan-jalan dengan emak kepada 'kawan rapat' kan, SR pun pinjam kain hitam dan blouse emak SR masa tu 😂 Jangan tiru aksi ini ya anak-anak, jadi sajalah diri sendiri! Bila nak jadi orang lain, serba-serbi rasa tak kena tau!

Sudahlah dah terasa rimas-rimas dengan pakaian, tiba-tiba masa SR sedang jalan di bawah sebatang pokok, SR terasa macam ada titisan air jatuh atas kepala. Ala, rasa macam kena rintik hujan yang agak besar.

Tapi tak adalah pula hujan masa tu. Tak sampai beberapa saat, terasa lagi titisan air tu atas bahu pula. Benda jadi cepat gila tau, tak sempat SR nak berfikir masa tu!

SR pun peganglah atas kepala, terasa lain macam. Macam lendir-lendir. SR tengok jari SR, ada cecair warna putih dan kehijau-hijauan, sama pula macam warna blouse SR pakai masa tu!

Taik burung!!

Bukan atas kepala aje, bahu pun kena, siap pakej terpercik ke bahagian blouse di depan peha. Biru navy warna muka SR. Baru sedar masa tu zaimi, umi dan Ma tengah pandang dekat SR.

Sudahlah baru jumpa Ma, dah kena berak burung pula! Cis kau gagak! 😡😂

Apa yang jadi selepas tu SR tak ingat, ke mana, tukar baju ke tidak, semua tu dah terpadamlah dari ingatan. Tapi kena berak burung tu, memang tak akan SR lupakan sampai bila-bila!

Agak-agak Ma ingat ke eh? 😂

Post a Comment

10 Comments

  1. kenangan yg tak boleh lupa ni..kalau teringat mau tersenyum sendiri malu dan kelakar tu hehe

    ReplyDelete
  2. alahai...1st kuar ngan mak mentua kena taik burung plak, memang bersejarah sungguh la kan.....adoi la

    ReplyDelete
  3. kenangan tu...pertama kali berjumpa dgn bakal mak mertua...gabra tu mesti ada..

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. tak tahu nak simpati ke tidak, tapi yg penting, Ma terima SR sebagai menantunya, kan.

    ReplyDelete
  5. aduh tak nampakla muka SR tu ambil gambar tgh panas gelap semuanya... tapi akak minta maaf ye tergelak kuat lak tang yang burung tu, memang takde adab punya burung berak merata . ahahhahahah memang kenangan tak kan lupa sampai mati hehehhe

    ReplyDelete
  6. Kenangan macam ni bila ingat mau tersenyum sendiri kan hehehe

    ReplyDelete
  7. waduhhh, dh leh buat siri novel nih, tp endingnye camane erk pas kene taik burung ittewww., saspension nih., hehe

    ReplyDelete
  8. Adoi la.. tergelak sorg sy baca.. dh lah tgh kontrol dpn bakal mak mertua diberak burung pulak tu.. haha.. kwn sy dlu pernah jugak kena berak burung area situ.. beli tudung baru teruslah time tu.. haha

    ReplyDelete
  9. cubalah tanya kat ma tu... ingat lagi dok kisah kene taik burung tu. ahaksss..
    dalam family belah husband ammi pun, mmg ammilah dayang senandungnya. tapi dorang tetap panggil ammi kajol walaupun rupa macam kojol

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.