Assalamualaikum wbt
Tengoklah rambut adam, tebal dah macam kura-kura atas kepala. Haha. Rambut dia memang jenis tebal. Maksud SR, sehelai rambut dia pun tebal. Tak sangka juga sebenarnya sebab masa dia baby baby dulu, rambut dia nipis aje, tak macam amir yang lahir-lahir pun rambut dah banyak dan tebal.
Jadi bila rambut dia kejap aje dah tebal, dia jadi rimas. Mata SR pun rimas juga menengoknya sebenarnya. Bila dah panjang dan tebal macam tu, nak sikat pun dah jadi satu masalah. Sebabnya, rambut adam jenis menegak. Sikat ke tepi, dia tegak balik. Hahaha!
Lagipun, dia ada dua pusar dekat belah belakang dan tengah-tengah kepala. Dekat kawasan pusar tu lah yang rambut dia menegak macam juara. Nak bawa ke kedai gunting selalu, di Senawang ni, gunting rambut budak lelaki pun dah RM10.
Jadi, bertabahlah adam dengan rambut panjang dia tu. Ayah dia nak mesin aje rambut dia, dia tak nak juga. Sebab ada sekali tu ayah dia botakkan. Dia tak suka botak. Tak handsome pulak dia kata! Amboih!
Ada yang diri sendiri, suami, adik-beradik atau anak rambut cepat panjang dan tebal juga?
Salam Jumaat gais!
Baca post ini juga ya! 😊👇👇
6 Comments
Anak lelaki dha besar, nak plak dah sunat so dia ada expectation sendiri bab rambut dan semuanya la...why not bawak pi barber..maybe beh buat style2 skit...baru lah handsome kannnn..
ReplyDeleteheheheh botak tak ensem kan adam, dia pun dah pandai bergaya-gaya kan
ReplyDeleteterpaksa emaknya belajar gunting rambut adam :P
ReplyDeleteRambut iman mmg tebal giler!! Dia sendiri pun rimas.. nk mandikan rambut mmg lamaaa sgt.. pastu anak buah sorg, amirul mmg tebal giler lah rambut skjp sgt pnjg.. mcm jd kepala lg besar sbb rambut tebal kalau panjang.. haha
ReplyDeleteRambut tebal ..sebelum 2x kena pergi barber shop kan
ReplyDeletebudak lelaki memang cepat panjang rambutnya kan...
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)