Assalamualaikum wbt
Hari Ibu beberapa hari yang lepas, anak SR yang manja dua ketul tu, si amir dan ayu, gigih siapkan lukisan sempena Hari Ibu untuk SR. Maklumlah masing-masing dah ada set alatan seni. Amir dapat dari tadika dia 3 tahun yang lepas, ayu pula SR baru belikan sebab dia berjaya puasa penuh untuk Ramadan 2024.
Adam dah besar, dia tak minat mana juga seni-seni ni. Jadi, sambil ayu dengan amir melukis, SR pun tengoklah. Dah diorang pun melukis tu betul-betul depan bijik mata SR 😂
Maka inilah hasilnya lukisan Hari Ibu untuk SR dari anak-anak!
Terima kasih anak-anak atas tanda ingatan. SR sebenarnya hanya perlukan doa sahaja dari anak-anak ni. Dapat extra lukisan ini pun, dah bertuah betul SR rasa tau. Sebagai tanda penghargaan, SR pun gantunglah di notice board yang SR memang ada letak dekat meja study SR.
Semoga anak-anak SR menjadi anak-anak yang baik, bertemu dengan orang-orang yang baik dan selalu di bawah lindungan Allah yang Maha Pengasih 💖
Oh ya, jomlah join giveaway yang SR buat sempena birthday ayu, Giveaway Kotak Dari Ayu! .
SR tengok, penyertaan tak sampai 20 orang lagi 😣 Korang tak sudi join ke, alaaa.... Jomlah join. Ada berbaki 4 hari lagi untuk turut serta tau.
Untuk join, klik sahaja banner giveaway di atas ni ya 😊
Ish.... artis tak boleh cari makan la cam ni....
BalasPadamAlamak x3
Padamtanda ingatan anak2 kepada ibunya
BalasPadamItulah wak, alhamdulillah ❤️❤️
PadamComel nya
BalasPadamHihi, lukisan anak2
Padamala ala..comeinya....
BalasPadamTq mummy ayu ❤️😊
Padamwaahhh ikhlas dari hati utk ibu! hehe
BalasPadamItulah, terharu!
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.