Beli Dress Tutu Elsa Frozen di Pengkalan Kubur

Assalamualaikum wbt

Dress Tutu Elsa Frozen

Betul ke nama dress yang ayu pakai tu, dress tutu? SR main bedal aje tu. Hehe... Jadi, inilah rupa dress berkain tutu yang ayu nak sangat dan menuntut janji dia sewaktu kami pergi ke Pengkalan Kubur pada hari terakhir 2022 yang lepas. Ceritanya, SR tak tahu juga hendak beli dekat mana baju princess yang ayu asyik idamkan tu. SR pernah beli dari shopee, tapi bila sampai, saiz tu jadi tak puas hati. Dress tutu princess Elsa ni memang ada dijual di Pengkalan Kubur. Banyak pulak tu!


Selalunya SR macam elak-elak nak belikan, sebab memikirkan, dekat mana ajelah dia nak pakai nanti kan. SR akan bagi alasan macam-macamlah. Kata tuan kedai tak adalah, tak ada saizlah... Tapi, yang latest kami pergi tu, kebetulan ada pula terjengul orang kedainya masa ayu masuk dan belek-belek. Siap acu-acu saiz yang padan dengan ayu lagi!

Jadi rambang matalah si ayu, sebab tutu dia tu ada macam-macam fesyen tau! Ada yang satu warna, ada yang banyak warna, ada yang layered, ada yang kembang, ada juga yang siap veil! Ayu dah macam susah nak pilih masa tu. Zaimi cuba ajak ayu keluar dari kedai. Tapi SR macam kesian pula tengok muka dia kecewa. S

Sebab dia dah teringin lama sangat. Jadi SR bagi dia pilih antara dua sahaja, SR narrow down kan pilihan dia. SR ambil 2 dress tutu tu yang SR rasa okey, dan minta dia pilih dari situ aje. Kalau nak minta dia pilih dari puluhan yang tergantung tu, sampai 3 hari pun dia tak buat keputusan! SR kenal sangat dah ayu punya pesen!

Jadi dia pilih yang ada veil warna pink dan tutunya berbintang-bintang, macam gambar dalam post ni. Memang senyum sampai ke telinga. Siap berjanji tak akan minta benda lain dah dekat Pengkalan Kubur ni! Punyalah dia teruja akhirnya dapat baju princess kanak-kanak yang dia idam!


Adalah beberapa kali dia dah bawa baju ni pergi tadika, kiranya lepas mandi tengahari, dia pakai dress tutu dia tu untuk sesi day care sebelah petang. Pakai dengan legging dan semestinya tetap kena bertudung. SR beranilah bekalkan dress tutu ni sebab lengan panjang. Tadika ayu wajib pakai pakaian menutup aurat walaupun untuk daycare pada sebelah petang.

Bila balik rumah, mulalah dia mengadu yang ada kawan-kawan 6 years duk mencabut bintang-bintang yang ada terlekat dekat bahagian tutu tu. SR tanyalah, ayu tak marah ke? Ayu marah, tapi kawan-kawan tu degil, buat jugak.

Sekarang, dia dah tak nak bawa baju ni ke tadika. Sebab dia tak sanggup kehilangan bintang-bintang tu. Hahaha!

Selain dress tutu ni, SR belikan juga dia satu dress labuh. Ayu sekarang suka pakai dress dan gown walau dekat rumah. Pakai dengan seluar pendeklah. Senang sikit dia nak bergerak dalam rumah. Jadi, alang-alang dah ada di kedai yang banyak jual baju kanak-kanak perempuan, kita belilah terus lagi sehelai.

 

Lembut sangat kain dress labuh ayu ni. Memang selesa sangat kalau tengok ayu pakai. Kain elok, dan tak panas. Ini pun dah berapa kali dia ulang pakai. Sukalah tu, dia boleh pusing-pusingkan skirt dress tu. 

Siap pesan, nanti pergi Pengkalan Kubur lagi, ayu nak beli dress labuh lagi! Baju princess dah tak nak sebab yang sekarang ni dah cantik sangat katanya! Ikut ayulah... ๐Ÿ˜… Duit omak habis nanti, kita pow ayah pulak hahaha!

Post a Comment

9 Comments

  1. ayu anok daro omak sorang ja pun kan ...ayu oder ja lagi n lagi

    ReplyDelete
  2. amboi cantiknya anak dara sorang ni... kasi paw ayah la pasni...hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik. Paw Ayah 2,3 helai nanti tau ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  4. waduhh anak dara dh mula demand pakaian lawa bling2 gituuu., hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik dress tutu nya... and its pink!!! Gown yg satu lagi tu pun nice...nampak selesa jer

    ReplyDelete
  6. Amboii.. cantik kan main dak Ayu ni..mesti dia seronok habis tu.

    ReplyDelete
  7. Alahai si dara ni kemain dia melaram. Anak perempuan yang best dpt beli dress baju cantek2 kan SR. Ayah pernah cakap dulu waktu bdk Aqil kecik2 nasib baik anak kita lelaki kalau perempuan jenuh lah ibu dia tidur dalam kedai silap2 kedai tak bukak ibu dh tggu dpn pintu. Gila membeli dress utk gegirl. Hahahaha!

    ReplyDelete
  8. baju budak2 perempuan mmg byk design, kaler..mmg rambang mata nak pilih..dua-dua dress lawa tapi aunty suka yang ke-2 tu...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.