Assalamualaikum wbt
Entry yang tertangguh beberapa hari sebenarnya. Kisahnya Jumaat minggu lepas, lepas sahaja clock out dari office, terus gerak balik ke Kuantan. Memang dah berjanji dengan emak abah dan adik-beradik SR untuk berkumpul semua sekali cuti CNY tahun ni. Bila dah dalam kereta travel ke Kuantan, sesampai dekat sana pula memang terus catch up dengan emak abah, SR tak sempatlah nak buka blogger.com. Hari ni baru ada rasa nak buka tablet dan tengok-tengok apa yang patut. Hehe...
Kiranya, entry ni prequel lah dari entry yang SR upload gambar 14 orang ahli keluarga belah SR tu.
Check point apa yang nombor sebelas? SR masuk Fun Run atau marathon ke? Tidaklah... empat hari yang lepas sebenarnya adalah hari ulangtahun pernikahan SR dengan zaimi. Alhamdulillah, sudah memasuki dekad yang kedua. Sedekad yang pertama telah berlalu, meninggalkan kami berdua dengan tiga orang amanah dari Allah swt, 3 orang cahaya mata yang sangat kami berdua kasihi walau senakal mana pun!
Tiga orang cahaya mata yang telah kami alpa sedikit dalam penjagaan mata mereka, moga Allah ampunkan dosa kami sebab sampai tiga-tiga orang perlu memakai cermin mata. Insyaallah hal ehwal lain, kami jaga amanah ini dengan sebaiknya.
Gambar-gambar ni kami ambil pada pagi Jumaat tu. Sebab nak terus bertolak ke Kuantan dari kampus, kami bawa terus tiga ketul ni ke office pagi tu. Abang-abang duduk di bilik office zaimi, ayu pula SR bawa dia ke kelas dan lepas tu berehat di office SR sahaja. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak keluar dari rumah, sampai di Kuala Pilah dalam 7.30 pagi.
Terus bawa anak-anak isi perut dulu di Kak Lang D'Rimba. Senang kalau dah kenyang dan dah makan siap-siap. Sambil tu kami pun selfie dan wefie lah sempena anniversary. Begitulah kisah di sebalik gambar-gambar dalam entry ni. 😁
Tips rumahtangga?
Hai... rasanya SR tak layak lagi nak bagi apa-apa tips. Rumahtangga mana yang tak ada masam dan kelat, tak mungkin manis sepanjang masa. Cuma, mungkin kuncinya sabar dan hormat, supportive dan berterus-terang. Paling penting, kena work as a team.
Apa yang kita tak berkenan pasangan buat, direct cakap.
Suka apa dia buat, terus puji.
Ah cukuplah sekadar itu. Pasangan lain, lainlah cara. Hanya kita dan pasangan kita sahaja yang tahu apa yang kita sendiri suka dan tak suka. Tak semestinya laki orang lain suka, laki kita suka. Tak semestinya laki kita diam, kita boleh buat sesuka hati. Begitulah sebaliknya. Dan itulah yang SR boleh simpulkan untuk ulangtahun ke 11 kami.
Doakan kami sekeluarga ya! Semoga doa yang baik-baik dari kalian akan dibalikkan semula pada kalian juga.
12 Comments
Alhamdulillah dah 11 tahun.
ReplyDeleteHappy Anniversary Syaz 💐
Moga rumahtangga sentiasa dalam rahmat Allah.
Aminn ya rabbal alamin, terima kasih kak Ujie 😊
DeleteWah! Dah sebelas! Segagah KLCC! Sepatutnya bergambar depan KLCC, lambang nombor 11...!
ReplyDeleteAlhamdulillah 11 tahun & counting Insha Allah...
ReplyDeleteMoga sentiasa dalam rahmat & lindungan-Nya buat SR sekeluarga 🤲
Alhamdulillah! Syukur! Happy Anniversary.. Semoga Allah swt pelihara SR suami dan anak2. Berpanjangan jodohnya. Aamiiin!!! ;)
ReplyDeleteHappy anniversary! Semoga berkekalan dlm rumah tangga yang berkah.
ReplyDeleteKami pulak baru nak masuk 4 tahun. Masih baby lagi.
Alhamdulillah . Happy anniversary juga ya
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletehappy anniversary syaz
Alhamdulillah happy belated anniversary SR dan husband. Moga terus bahagia, dilimpahi rahmat Allah
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan to SR & hubby..moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin
ReplyDeleteHappyyy Anniversary to you both.. Moga Allah pelihara keluarga Kak Syazni Dan husband, bercinta always 🤩
ReplyDeleteAlhamdulillah dah 11 tahun... happy belated anniversary syaz & zaimi
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)