ODL oh ODL

 

Minggu ni dah masuk minggu kedua semester baru untuk UiTM.
Plan asal pihak atasan, pelajar akan balik ke kampus walaupun lecture masih secara ODL.

Pada yang tertanya-tanya, ODL bermaksud Online Distance Learning.


Jadi bila tiba-tiba kes Covid-19 meningkat mendadak haritu, memang pelajar ramai yang stay rumah.

Bila di rumah, memang faham, ada kekangan line internet dan sebagainya.
Kami yang duduk office ni pun, mana yang pakai wifi kampus, adamasa lag dan putus-putus jugak.

Itu masalah line, ada juga masalah ruang untuk bagi lecture.
Kami mostly bilik kongsi (jangan tanya kenapa pensyarah, pensyarah kanan bla bla bla kena kongsi bilik, malas nak jawab sebab buat sakit hati je)

Bila dah kongsi, tiba2 dalam jadual kau sama pulak dengan roommate, dah berlawan la bersyarah depan komputer, mesti pening student dengar dua lecture dalam 1 masa 😂

Buat masa ni roommate aku duduk tempat lain, nasib baik.
Jadi walaupun tak dapat buat live di google meet, masih boleh record lecture (cakap sorang-sorang tanpa student) di google meet tu. Amanlah sikit bila sorang-sorang kat office.

Dah isu merakam ni, tadi baik punya rakam, lepas download recording tu, rupa-rupanya ada video je, mulut mute. Padahal dah check masa nak record tu, tak off mic pun.

Sabau je la, rugi air liur!
Ulanglah balik..huhu..

Yang kurang best mengajar masa ODL ni, memang tang cakap sorang-sorang. Tak nampak students, tak feel!

Walau buat live, tetap tak best sebab diorang bukan nak menyahut sepanjang masa. Ye lah, diorang nak dengar lecture, bukan menyampuk. Bukan salah diorang.

Dan, paling sengal adalah gerak geri bahasa tubuh masa tengah record.
Tengok gambar atas, aku dah upload kat youtube semua, baru perasan aku baikkk punya garu-garu kepala.

Huwaaaa!
Nasib tak korek hidung!

Dan ODL memang memerlukan extra effort dari pensyarah dan jugak students. Kena lebih communicate kalau tak faham, dan kalau nak memastikan pelajar benar-benar faham.
The struggle is real.

Dengan gadget, line internet, ruang, skills..
Ya skill, bukan semua orang mahir everything, kena banyakkan belajar dan jangan sombong untuk bertanya.

Bertanya ya, bukan suruh orang buatkan setiap masa sebab alasan tak reti. Itu mengundang babab! Haha!

Dan pada ibubapa yang ada anak-anak yang ODL, especially student U, fahamilah mereka.
Kalau boleh, minta dan simpan jadual kelas mereka.
Pensyarah memang disarankan buat kelas pada waktu kelas dalam slot jadual mereka sahaja, kecuali kelas ganti.

Jadi, kalau boleh, pada waktu ada slot kelas dalam jadual mereka, jangan panggil suruh buai adik, balikkan ikan, angkat kain, mandikan nenek, pergi kedai dan sebagainya.

Ini adalah jawapan-jawapan yang student bagi pada kami bila diorang tak dapat commit kelas yang ada dalam slot.

Kesian juga diorang, sebab tu kami cuba make it short kami punya lecture, dan top up kan dengan cara pembelajaran yang lain macam suruh buat crossword, article extract etc..

Eh panjang pulak mengomel!
Kah kah kah!

Ok lah, selamat beristirehat dan stay safe semua 😃



Post a Comment

43 Comments

  1. Memang banyak kekangannya kerja-kerja secara online ni. Sabar sajalah semampunya.

    ReplyDelete
  2. haha..kdg2 tak sedar..terpaksalah lepas ni kena control...

    ReplyDelete
  3. Sepertinya di masa pandemi saat ini, sistem pembelajaran obline paling tepat, kak.
    Terutama untuk anak TK dan SD yang mereka belum paham betul penerapan protokol kesehatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu Himawan, sama2 lah kita beradaptasi :)

      Delete
  4. Itulah dugaan musim pandemik ni.. kami lagilah hands on mmg x jalan kalau ODL.. student pun jujur je bgtau x paham kalau online.. x sabar rasanya nk habiskan sem ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakmim, dan tak sabar nak habis covid ni kan huhu

      Delete
  5. mak and ayah hari tu sibuk panggil adik makan, sampai macam buat suara keras sebab adik tak nyahut... rupanya tgah class online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. kadang2 ada pensyarah akan panggil2 student waktu online, minta dia jawab dan selesaikan masalah, mungkin sebab tu adiknya fokus betul tu hehe

      Delete
  6. wahh saya suka lecturer macam ni hehehe memahami student..
    saya pun kalau ada kelas, tutup pintu siap2 gtau awal dekat family tgh kelas supaya takdela tiba2 suruh itu ini, mau tgh present ke waktu tu, tak ke malu haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. betul tu, untuk ODL semua pihak kena ada mutual understanding :)

      Delete
  7. Oh saya pun baru tau UiTM branch sana Pensyarah share bilik memang kurang selesa la kalau bagi lecture ada lecture lain.

    Nasib students ni tau kerenah saya kena ready nanti tiba-tiba nama kena panggil jawab soalan atau bagi komen, jadi kena stand in attention. Saya Googlemeet tak on video, cuma present share slides sambil lecture dan letak animation supaya diorang tak boring. Juga nak elakkan dari lagging. Pastu students tahu biasa saya tak share full slides, hanya basic concept je kalau diorang minta lecture notes (jenis lecturer tak layan bagi lecture notes semua) supaya tak jadi student malas nak attend lecture.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga macam tu, ada variasi style lecturer, student pun faham kan ;)
      harini buat live, nasib baik smooth je. Betul saya pun memang tak letak seluruh isi notes tu, takut diorang terlelap pun ye jugak hahaha

      Delete
  8. Anak akak yg study kt Unishams dapat sim kad free..data free hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya!
      antara masalah lain, rumah diorang pun ada yang tak ada liputan internet..kesian

      Delete
  9. hahaha ODL ingtkan OTL ., ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah! ok tetiba teringat balik post wak lat tu hihihi

      Delete
  10. Cabaran betul. Memang bosan seorang-seorang depan komputer.

    ReplyDelete
  11. Dulu masa duduk rumah family kalau tengah live streaming game datang la pulak orang menyembang pastu cakap kuat2 dan ada ketika duk mengumpat, memang seksa buat live kalau ada gangguan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah faham2! kalau meeting office ramai2, kadang macam2 bunyi ada, anak2 bising la apa la hehe

      Delete
  12. Okay tang garu garu lawak..tergelak kite hahahaha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tiba2 lak masa tu uban nak keluar agaknya :P

      Delete
  13. Tulah! Dapat rasa apa yang Syaz rasakan tu. Xde feel bila ODL nie.

    Moga keadaan covid 19 di Malaysia dapat dikawal dgn cepat. Tak seronok WFH hehehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak seronok kan, sebab manusia sifatnya bukan begini hihi..
      betul2 amin to that! ;)

      Delete
  14. Fuhh sangat mencabar tugas lecturer ni nak mengajar ODL. Paling tak best bila lag tu lah. Jenuh betul kan. Setuju! ODL ni memang memerlukan extra effort kedua dua pihak. Semoga cepat berakhir covid dan mudah nak belajar dalam kelas seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fizah, tak sabar nak kembali ke keadaan asal :)

      Delete
  15. Ya Allah penat ckp rupanya mute ? then kena record balik la.. letih nyaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. Bila ber ODL ni. Paling penting line internet. Bila line tak ok, tersekat atau terputus. Kacau jiwa sungguh.

    Alahai sian pulak part video. Mic g mute. Walaupun rasa mcm tak off. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu rubi, geram je masa, rasa nak berjoget atas meja hahaha

      Delete
  17. tak merasa kelas online ni sebab da takde lecture..tapi merasa jugak training online guna zoom..

    ReplyDelete
  18. Memang susah sikit kak. Class online ni. Saya hari tu tak faham terus tanya dlm online teams. Cuma tak best tak berdepan dgn lecturer. Direct dengan lecturer mudah faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kadang bila tanya pun thru online2 ni, boleh timbulkan kekeliruan

      Delete
  19. Yaaaa agreed! kadang ada parents tak faham keadaan anak 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua, tapi ada.. bertabahlah anak2 murid semua :)

      Delete
  20. kengkadang kat rumah ni pun sama walaupun anak ammi rasanya takde online class cuma ada online homework je..tapi tetaplah nak panggil mintak tolong masak nasi, isi air, lap habuk kat rak tv hahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhah asalkan suara ammi tak interframe masa cikgu dia live, takpe rasanya hehehe

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.